Tentang LokalGig
Platform digital untuk usahawan kali pertama di Malaysia.
LokalGig membantu rakyat Malaysia melancarkan gig pertama secara online tanpa sebarang komisyen, tanpa perlu mempelajari aplikasi baharu, dan tanpa perlu menulis ayat pemasaran yang sempurna. Masukkan nota ringkas anda, biar teknologi AI kami menyusun senarai (listing) yang kemas, dan terima pertanyaan terus di WhatsApp.
Mengapa LokalGig Wujud
Malaysia tak kurang bakat. Yang kurang ialah cara untuk dijumpai. Designer logo terbaik di Shah Alam, tukang aircond yang satu taman panggil, makcik yang buat kuih paling sedap di Taman Melati — ketiga-tiga memang bagus kerja dia, dan ketiga-tiga hilang terus bila orang di luar kenalan WhatsApp dia mula mencari.
Platform yang ada semuanya dibina untuk golongan lain. Fiverr ambil potongan 20%. Upwork mengandaikan semua orang fasih bahasa Inggeris dan ada komputer riba. Shopee dibina untuk barangan fizikal. Facebook Marketplace pula tak ada cara nak tahu siapa yang boleh dipercayai. Jadi kerja terus bergerak dari mulut ke mulut — dan mulut ke mulut ada penghujungnya: ia berhenti pada orang yang dah kenal anda.
LokalGig ada supaya bakat rakyat Malaysia boleh dijumpai online. Anda post apa yang anda buat, sekali sahaja. Kami jadikan ia boleh dicari, boleh dikongsi, dan boleh dibaca Google. Pelanggan tekan terus ke WhatsApp anda dan selepas itu ia urusan anda — perbualan anda, harga anda, duit anda. Kami bukan nak ganti WhatsApp atau kacau ekonomi gig. Kami cuma nak rapatkan jurang antara pandai buat sesuatu dan senang dijumpai.
Ujian makcik kuih. Kami kekalkan makcik dalam cerita ini atas satu sebab, dan bukan sebab marketing. Dia kayu ukur kami. Kalau makcik jual kuih hujung jalan boleh post listing sendiri, guna telefon dia, dalam bahasa dia, tanpa perlu panggil anak dia tolong — designer, web developer atau tukang aircond memang boleh. Setiap skrin yang kami keluarkan diukur dengan dia, bukan dengan orang yang dah mahir teknologi. Ini bukan cerita pasal siapa yang ada di sini — ini kayu ukur yang kami pegang bila membina.
Apa Yang Membezakan Kami
Tanpa komisyen, selamanya
Kami tidak pernah menyentuh wang anda. Pelanggan membayar anda secara terus — tunai, DuitNow, atau pindahan bank. Kami mengutamakan kepercayaan melebihi keuntungan.
Tempahan terus ke WhatsApp
Tidak perlu mempelajari aplikasi baharu. Apabila pelanggan berminat dengan gig anda, mereka akan menghubungi anda terus melalui WhatsApp. Aplikasi harian anda kini menjadi kedai digital anda.
Bahasa Melayu diutamakan
Tulis dalam BM, Inggeris, atau rojak — pembantu AI kami akan menyusun listing anda dalam kedua-dua bahasa secara automatik. Suara anda, platform anda.
Tiada halangan verifikasi IC
Anda tidak perlu menyerahkan IC pada hari pertama. Kepercayaan dibina secara berperingkat melalui tempoh perkhidmatan, testimoni pelanggan, dan status aktif WhatsApp.
Siapa yang kami bantu
Kami bina LokalGig untuk orang Malaysia yang ada skill dan masa — tapi belum ada kedai digital lagi. Disusun ikut siapa yang betul-betul ada di platform ni. Kalau mana-mana daripada ni bunyi macam anda atau orang yang anda kenal, LokalGig untuk anda:
- ✓Designer dan ilustrator — logo, poster, branding, kerja Canva
- ✓Tukang tempatan — kerja rumah, cat, renovasi, aircond, paip, wiring
- ✓Pembina website, app dan sistem — termasuk yang buat projek FYP
- ✓Freelancer data entry, copy typing dan admin yang kerja dari rumah
- ✓Pelajar dan fresh grad yang nak cari RM pertama sebelum habis belajar
- ✓Penulis, penterjemah, fotografer dan editor video
- ✓Guru tuisyen yang nak cari pelajar pertama
- ✓Pencari Rezeki F&B dan kraf dari rumah — kuih-muih, katering, kek, bouquet, jahitan
- ✓Sesiapa yang nak mula semula kerjaya dengan skill sedia ada
- ✓Suri rumah yang nak jana pendapatan dari kemahiran sendiri
Prinsip Pegangan Kami
Utamakan Maruah
Pengguna kami adalah profesional bebas, bukan sekadar inventori platform. Kami tidak akan sesekali merendahkan atau memperdagangkan nilai diri pengguna.
Ringgit pertama paling bermakna
Jualan yang paling sukar adalah jualan pertama. Setiap keputusan reka bentuk kami ditimbang dengan satu soalan: adakah langkah ini memudahkan usahawan untuk mendapat tempahan pertama mereka?
Rasa sebahagian, melebihi feature
User yang rasa “saya sebahagian daripada LokalGig” lebih bernilai dari apa-apa optimisation funnel. Komuniti adalah product.
Kesederhanaan yang nyata
Sekiranya pengguna yang hanya mahir menggunakan WhatsApp tidak dapat memahaminya dalam masa 10 saat, kami akan menulisnya semula. Bahasa mudah, satu arah yang jelas, tanpa istilah teknikal yang mengelirukan.
Kepercayaan perlu dibina
Bukan dengan paksaan verifikasi IC pada hari pertama. Kami memaparkan isyarat kepercayaan yang progresif kepada pembeli — melalui tempoh perkhidmatan, testimoni, dan status aktif WhatsApp.
Dibina di Malaysia, oleh orang Malaysia

Syed Mohamad Arif
Engineer, pembina produk, pengasas
Kisah Pengasas
Daripada membina aplikasi kepada membina langkah pertama yang lebih adil.
Saya Syed Mohamad Arif, pembangun aplikasi mudah alih dan frontend yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Kerjaya saya sentiasa tertumpu kepada gabungan antara reka bentuk dan kejuruteraan, menukar idea kasar menjadi aplikasi dan produk yang mudah difahami oleh semua orang.
Lama-kelamaan, saya menyedari jurang yang ketara di sekeliling saya. Rakan-rakan, jiran tetangga, pelajar, pengusaha makanan dari rumah, guru tuisyen, dan penyedia perkhidmatan kecil mempunyai kemahiran dan usaha yang hebat, namun mereka kekurangan pengiktirafan dan pendedahan digital. Ramai yang telah menjalankan urusan perniagaan melalui WhatsApp, tetapi ekonomi digital moden masih menganggap mereka seolah-olah tidak kelihatan.
LokalGig adalah cara saya untuk mengubah keadaan tersebut. Saya mahu lebih ramai rakyat Malaysia bergerak seiring dengan era digital, bukan tertinggal di belakang. Ini bermakna, memberikan mereka platform yang mudah untuk mempamerkan kemahiran, mempelajari asas digital yang sering kita anggap mudah, dan menjana pendapatan pertama mereka dengan bermaruah.
“Pengiktirafan tidak patut hanya jadi milik orang yang sudah pandai market diri online.”
Perniagaan Malaysia yang betul-betul berdaftar
LokalGig dikendalikan oleh perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sesiapa pun boleh semak maklumat di bawah melalui e-Search SSM.
- Nama perniagaan
- LOKALGIG MY ENTERPRISE
- No. pendaftaran
- 202603211509 (IP0630549-T)
- Bentuk perniagaan
- Pemilikan Tunggal
- Status
- Aktif — berdaftar sehingga 10 Ogos 2027
Sudah sedia untuk memulakan gig pertama anda?
Masukkan nota ringkas dalam BM atau Inggeris. Pembantu AI kami akan menukarkannya menjadi senarai (listing) yang kemas dalam masa kira-kira 10 saat. Percuma selamanya.
Post gig secara percumaAda soalan? Baca FAQ kami or tips deal selamat.

